Sunday, May 18, 2014

24 jam Bab 3

    Esoknya selepas mesyuarat , Naqila dan Alfiyan berjumpa seperti yang dijanjikan . Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan Starbuck Dataran Pahlawan . Agak susah untuk Alfiyan untuk mencari Starbuck ni sebab dia tak pernah sampai ke Dataran Pahlawan .

    “Assalamualaikum , Naqi.” Tegur Alfiyan sebaik melihat Naqila tercegat di hadapan Starbuck sambil melihat jamnya .

    Naqila yang tidak perasan akan kehadiran Alfiyan terkejut melihat lelaki itu sudah berada di belakangnya .
 “Astaghfirullah al-azim . Abang ni . Terkejut Naqi .” Naqila mengurut-urut dadanya .

    “Ya pun terkejut jawablah salam abang .”

     “Waalaikumussalam .” jawab Naqila . Pipinya merah akibat ditegur oleh Alfiyan .

    “So , where shall we go ? Naqi dah lunch ?” tanya Alfiyan .

    “Belum . Sarapan pun belum . Tadi meeting habis lambat .” jawab Naqila .

     “Apa kata kita pergi makan dulu ? Naqila nak makan apa ?” tanya Alfiyan .

    Apabila Alfiyan bertanyakan sebegitu kepada Naqila , Naqila teringatkan memori-memori lamanya dengan Alfiyan . Dulu , Alfiyan selalu bertanya kepada Naqila makanan apa yang Naqila nak makan . Gula mana yang Naqila nak beli . Memori yang cukup indah !

    “Ummm … Jom pergi makan sizzling nak tak ? Tapi kena jalan jauh sikitlah sebab sizzling jual dekat Food Court Mahkota Parade .” jawab Naqila .

    “Okey . No hal . Setakat jalan kaki ni dah biasa dah .” gurau Alfiyan . Naqila tertawa .

    Aduh ! Comelnya ketawa dak Naqila ni ! Dia dari dulu comel . Kalau Alfiyan tak berpindah keluar negara agaknya , Naqila dah jadi kekasih dia dah . Tetapi , kenyataannya Naqila bukan kekasihnya yang dia sayangi . Naqila merupakan tunangnya yang baru sahaja dia bertemu semula .

     Mereka berjalan ke Mahkota Parade yang terletak berhadapan dengan Dataran Pahlawan . Tiba di Food Court , mereka terus memesan dua sizzling nasi tomato . Kemudian mereka bayar makanan yang mereka pesan di kaunter dan menanti makanan yang mereka pesan siap . 
 
    Sebaik sahaja mereka meletakkan makanan di atas meja , Alfiyan pergi membeli air pula di kaunter berasingan .

    Alfiyan pulang dengan dua cawan air milo ais . Memang air kegemaran Naqila sejak kecil . Kalau dulu , serbuk milo tu merupakan dessert bagi Naqila . Sebuk milo letak dalam cawan lepas tu tambah sikit susu pekat . Gaul . Makan . Perfect dessert .

     “Dah lama tak balik Melaka abang tengok banyak betul perubahan yang berlaku . Jalan dia , Mahkota Parade ni pun dah nampak lain .” Alfiyan memuji perubahan yang berlaku di Melaka .

    “Tulah . Siapa suruh duduk dekat luar negara lama-lama . Perubahan tempat lahir sendiri pun abang boleh tertinggal .”

    Alfiyan tersengeh . Dia kemudian menyuap sesudu sizzling nasi tomato ke dalam mulutnya .

    “Emmm …” itu benda pertama yang keluar dari mulutnya apabila dia mengunyah makanannya . Sedap !

    “Kalau abang nak tahu , nilah sizzling kegemaran Naqi . Naqi suka makan dekat sini . Sedap !” terang Naqila .

    “Oh…”

    Sesudah makan , mereka  terus ke Ampang Bowling Center . Mereka hendak bermain boling . Sudah agak lama Naqila tidak bermain boling . Entah skill nya masih ada ataupun tidak . Dahulu , dia merupakan pemain boling sekolahnya . Hampir hendak ke kebangsaan tetapi tidak diberi kebenaran oleh mama dan papanya . Kata mereka belajar itu lebih penting .

    Boling pula pada Alfiyan bagaikan satu permainan yang baru diketahui kewujudannya . Dia tidak pernah main boling . Selalunya dia akan main golf ataupun memanah . Tak pun menembak . Harap-harap tuah menyebelahinya pada hari ini . Semoga dia dapat mata tinggi dan tidak dimalukan di hadapan Naqila .

    “Abang pernah main boling ?” tanya Naqila sewaktu memakai kasut .

    “Belum pernah . Ni baru first time nak cuba .” jawab Alfiyan jujur .

    “Abang tahu tak macam mana nak pegang bola boling ?” tanya Naqila lagi .

    “Nope .” jawab Alfiyan .

     “Nanti Naqi tunjukkan .”

    Naqila mengambil bola 9 . Memang dia selalu pakai bola 9 .

    “Abang tengok ni . Tiga jari ni .” Naqi menunjukkan jari ibu , jari telunjuk dan jari hantunya ke arah Alfiyan . “Jari telunjuk dengan jari hantu masuk dekat dua lubang ni . Jari ibu pula dekat lubang ni . Faham ?”
    Alfiyan mengangguk .

    “Lepas tu …” Naqila berjalan ke arah lane dan membaling bola ke pin .

    Prang !!! Semua pin boling jatuh . Nampaknya skill Naqila masih ada dan tidak pernah meninggalkan tubuhnya . Haha !

    Nak ternganga mulut Alfiyan dibuatnya ! Power gila Naqila ! Biar betul dia ni Naqila yang aku kenal dulu 
.
    “Wow ! Power nya Naqi !” puji Alfiyan .

    Naqila membalasnya dengan senyuman manis .

    Sekarang giliran Alfiyan pula untuk membaling bola . Bola 12 sudah siap sedia di tangannya . Dia menuju ke lane dan membaling bolanya . Bolanya berjalan menyenget dan masuk ke dalam longkang .

    Aduh ! Memalukan .

    “It’s okey !” sorak Naqila .
   Alfiyan hanya tersenyum tawar . Tahulah Naqila dah hebat . Tak payah sedapkan hati abang !

   “Abang baling tadi tangan abang senget . Cuba abang baling tangan lurus mesti boleh strike walaupun bola tu jalan slow je .” terang Naqila .

    “Oh … Chenggitu rupanya .” Alfiyan mengangguk faham .

    Dia kemudian membaling bola boling mengikut seperti apa yang dikatakan oleh Naqi . Prang !!! Sembilan pin jatuh ! Kira okey apa untuk beginner ?

    Selepas hampir sejam mereka bermain boling , akhirnya tamat juga permainan mereka . Pemenangnya mestilah Naqila . Naqila menang dengan mata sebanyak 157 manakala Alfiyan pula mendapat mata sebanyak 100 .

    Memang boling ni permainan khas untuk Naqila . tangannya memang power !

    “So , what should we do next ?” tanya Alfiyan . Dia menyerahkan segalanya kepada Naqila .

    “Kata orang Melaka . Mestilah kita kena naik Bukit St. Paul . Abang dah ready belum nak panjat Bukit St. Paul ?” tanya Naqila .

    “Eleh … Bukit St. Paul je pun . Bukannya Batu Caves .” kata Alfiyan .

    Bajet betul Abang Alfiyan ni !

   Mereka berjalan ke Bukit St. Paul . Belum lagi panjat sudah ketara jelas di wajah Alfiyan yang dia sudah penat . Mana taknya nak berjalan dari Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan kemudian ke Bukit St. Paul pula . Ingatkan dekat tapi bila dah jalan baru tahu betapa jauhnya .

    “Abang dah penat ke ?” tanya Naqila apabila dia melihat muka letih Alfiyan . Cara Alfiyan jalan pun dah macam orang tak rela nak jalan lagi .

    “Eh , taklah ! Abang okey .”  Alfiyan tersenyum malas . Konon nak tunjuk dia okey .

    “Kalau macam tu , cepatlah sikit . Tak rugi penat panjat Bukit St. Paul ni . View dari atas sana cantik !” arah Naqila .

    Alfiyan pun mengikut Naqila . Sampai sahaja di atas Bukit St. Paul dia dah tercungap-cungap . Ya Allah , penatnya ! Dia bernafas bagaikan ikan yang tidak mendapat air . Dah reda penat dia sikit , dia memandang ke sekelilingnya .

    Memang cantik betul pemandangan dari atas ni . Nampak Taming Sari , Selat Melaka , bangunan di Bandar Melaka dan macam-macam lagi . Indah betul ! Tak sia-sia panjat Bukit St. Paul yang bertangga-tangga ni .

    “Abang , jomlah ambil gambar !” ajak Naqila . Dia mengeluarkan telefon bimbitnya .

    Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada seorang pelukis gambar kartun di situ .

    “Tolong ambil gambar kami .” pintanya .

    Klik ! Klik ! Klik ! Tiga gambar diambil bersama dengan Alfiyan . Gambar mereka bersama yang pertama selepas mereka menjadi dewasa .

    Kemudian mereka turun untuk menikmati cendol popular Clock Tower . Cendol dekat situ memang popular . Kadang-kadang tak cukup tempat duduk sampai ada yang sanggup menanti lama-lama .

    Nasib mereka baik , pekerja gerai cendol itu membuka sebuah meja lipat untuk mereka berdua .

    “Saya nak cendol durian campur pulut . Abang pula ?” Naqila bertantya kepada Alfiyan yang kelihatan bingung melihat menu .

   “Abang nak cendol ais krim .” pesan Alfiyan selepas lama berfikir .

    Pekerja yang mengambil pesanan pun menjerit ke arah pekerja yang sedang membuat cendol pesanan mereka berdua .

     “Ramai orang dekat sini ya ?” tanya Alfiyan .

    “Ya . Kat ini memang popular . Kalau tak ada orang tak sah .” jawab Naqila .

    “Naqila selalu datang dengan siapa kat sini ? Dengan boyfriend ya ?” tanya Alfiyan .

    “Tak adalah . Naqi selalu datang dengan client . Client Naqi selalunya orang luar negara . Bila diaorang datang Naqi buatlah meeting ala-ala vacation untuk diaorang .” jawab Naqi . “And Naqi mana ada boyfriend nak bawa datang sini .”

    Abang ni dah kenapa tanya macam tu ? Abanglah boyfriend Naqi sekarang ni !

    “Naqi setuju ke dengan pertunangan dan perkahwinan kita ?” tanya Alfiyan .

    Soalan serius ni ! Kena jawab betul-betul . Kalau silap jawab . Habis !

    “Naqi sebenarnya serahkan jodoh Naqi pada mama dan papa . Naqi tak memilih sangat . Sebab Naqi pun bukan ada masa nak bercinta . Mama dan papa pula lebih makan garam dari Naqi . Jadi , mestilah diaorang tahu jodoh yang mana baik untuk Naqi .” wow , Naqila ! Bagus jawapan kau ! Aku sendiri tak sangka aku boleh jawab macam aku sedang berada dalam drama !

    “Takkan tak ada yang nak pada Naqi ? Naqi cantik apa .” puji Alfiyan .

    “Tak . Diaorang tak suka pada perempuan workaholic ni . tapi sebenarnya Naqi ni tak adalah workaholic sangat .” jawab naqila jujur . Memang betul dia bukan seorang yang workaholic . Kerana dia pun sebenarnya pemalas nak bekerja . Padanya kalau aku cepat kahwin lagi bagus . Jaga rumah , uruskan rumah tangga !

    Telefon Alfiyan berdering . Dia melihat ke skrin telefon . Alamak ! Puteri yang telefon !
    Puteri merupakan kekasihnya yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang pereka pakaian . Sudah hampir 1 tahun mereka bersama . Berkenalan di luar negara dan sehingga sekarang menjalin hubungan mesra .
     “Abang jawab call kejap eh ?” pinta Alfiyan .

    Naqila hanya mengangguk .

     Alfiyan pergi jauh dari Naqila . Dia berdiri di tepi Sungai Melaka .

    “Hello .” sapa Alfiyan .

    “Hello , honey ! Kenapa lambat angkat telefon ? You dengan perempuan mana ?” tanya puteri sebaik dia mendengar sapaan daripada Alfiyan .

    Tahu-tahu je aku tengah ada date ngan perempuan lain .

     “I tengah ada clientlah . Princess kenapa call ni ?” tanya Alfiyan untuk mengalihkan perhatian Puteri daripada terus berfikir bahawa dia sedang berjumpa dengan perempuan lain di belakang Puteri .

   “Princess call sebab Princess tengah rindu Honey lah ! Honey bila nak datang Kuala Lumpur ? Princess rindulah !” tanya Puteri manja .

    “Nanti Honey cuti Honey datang okey ? Honey tengah kerja sekarang ni tak boleh lah nak main cuti je . Nanti bos besar marah .” jawab Alfiyan dengan suara menggodanya .

    Manalah tak cair Puteri dibuatnya . Bukan takat cair je , meleleh pun ada .

     “Honey janji ?” tanya Puteri lagi dengan nada mengadanya .

    “Janji .” jawab Alfiyan melayankan kerenah manja Puteri .

    “Kalau macam tu bye honey . Muah . Miss you ketat-ketat .”

     “Bye . Muah !”

    Alfiyan duduk kembali di hadapan Naqila .

    Naqila sudah habis menjamah cendolnya . Dia tunggu Alfiyan pula untuk menghabiskan cendol ais krimnya .
     Sebaik saja habis dijamah cendol ais krim mereka berjalan ke tempat letak kereta di Datran Pahlawan .

     “Harini abang enjoy the date . Abang harap nanti kita boleh buat macam ni lagi .” kata Alfiyan .

     Enjoy the date ? Kita date ke ? Ingatkan jalan-jalan biasa saja .

    “Me too .” Naqila menyedekahkan senyuman manis lagi ayunya kepada Alfiyan .

     “Ada apa-apa mesej abang okey ?”

    “Okey . Naqi balik dululah abang . Assalamualaikum .” Naqila meminta diri dulu .

    “Waalaikumussalam .”

    Mata Alfiyan mengekori gerak Naqila yang sedang berjalan ke keretanya . Sebaik Naqila hilang dari pandangan barulah dia ke keretanya .


     Naqila … boleh tahan naqila sekarang ! Naqila buat hati abang goyang ! 

No comments:

Post a Comment