Esoknya
selepas mesyuarat , Naqila dan Alfiyan berjumpa seperti yang dijanjikan .
Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan Starbuck Dataran Pahlawan . Agak susah
untuk Alfiyan untuk mencari Starbuck ni sebab dia tak pernah sampai ke Dataran
Pahlawan .
“Assalamualaikum , Naqi.” Tegur Alfiyan sebaik melihat Naqila tercegat
di hadapan Starbuck sambil melihat jamnya .
Naqila
yang tidak perasan akan kehadiran Alfiyan terkejut melihat lelaki itu sudah
berada di belakangnya .
“Astaghfirullah al-azim . Abang ni . Terkejut Naqi .”
Naqila mengurut-urut dadanya .
“Ya pun
terkejut jawablah salam abang .”
“Waalaikumussalam .” jawab Naqila . Pipinya merah akibat ditegur oleh
Alfiyan .
“So ,
where shall we go ? Naqi dah lunch ?” tanya Alfiyan .
“Belum .
Sarapan pun belum . Tadi meeting habis lambat .” jawab Naqila .
“Apa kata
kita pergi makan dulu ? Naqila nak makan apa ?” tanya Alfiyan .
Apabila
Alfiyan bertanyakan sebegitu kepada Naqila , Naqila teringatkan memori-memori
lamanya dengan Alfiyan . Dulu , Alfiyan selalu bertanya kepada Naqila makanan
apa yang Naqila nak makan . Gula mana yang Naqila nak beli . Memori yang cukup
indah !
“Ummm …
Jom pergi makan sizzling nak tak ? Tapi kena jalan jauh sikitlah sebab sizzling
jual dekat Food Court Mahkota Parade .” jawab Naqila .
“Okey . No
hal . Setakat jalan kaki ni dah biasa dah .” gurau Alfiyan . Naqila tertawa .
Aduh !
Comelnya ketawa dak Naqila ni ! Dia dari dulu comel . Kalau Alfiyan tak
berpindah keluar negara agaknya , Naqila dah jadi kekasih dia dah . Tetapi ,
kenyataannya Naqila bukan kekasihnya yang dia sayangi . Naqila merupakan
tunangnya yang baru sahaja dia bertemu semula .
Mereka
berjalan ke Mahkota Parade yang terletak berhadapan dengan Dataran Pahlawan .
Tiba di Food Court , mereka terus memesan dua sizzling nasi tomato . Kemudian
mereka bayar makanan yang mereka pesan di kaunter dan menanti makanan yang
mereka pesan siap .
Sebaik
sahaja mereka meletakkan makanan di atas meja , Alfiyan pergi membeli air pula
di kaunter berasingan .
Alfiyan
pulang dengan dua cawan air milo ais . Memang air kegemaran Naqila sejak kecil
. Kalau dulu , serbuk milo tu merupakan dessert bagi Naqila . Sebuk milo letak
dalam cawan lepas tu tambah sikit susu pekat . Gaul . Makan . Perfect dessert .
“Dah lama
tak balik Melaka abang tengok banyak betul perubahan yang berlaku . Jalan dia ,
Mahkota Parade ni pun dah nampak lain .” Alfiyan memuji perubahan yang berlaku
di Melaka .
“Tulah .
Siapa suruh duduk dekat luar negara lama-lama . Perubahan tempat lahir sendiri
pun abang boleh tertinggal .”
Alfiyan
tersengeh . Dia kemudian menyuap sesudu sizzling nasi tomato ke dalam mulutnya
.
“Emmm …”
itu benda pertama yang keluar dari mulutnya apabila dia mengunyah makanannya .
Sedap !
“Kalau
abang nak tahu , nilah sizzling kegemaran Naqi . Naqi suka makan dekat sini .
Sedap !” terang Naqila .
“Oh…”
Sesudah
makan , mereka terus ke Ampang Bowling
Center . Mereka hendak bermain boling . Sudah agak lama Naqila tidak bermain
boling . Entah skill nya masih ada ataupun tidak . Dahulu , dia merupakan
pemain boling sekolahnya . Hampir hendak ke kebangsaan tetapi tidak diberi
kebenaran oleh mama dan papanya . Kata mereka belajar itu lebih penting .
Boling
pula pada Alfiyan bagaikan satu permainan yang baru diketahui kewujudannya .
Dia tidak pernah main boling . Selalunya dia akan main golf ataupun memanah .
Tak pun menembak . Harap-harap tuah menyebelahinya pada hari ini . Semoga dia
dapat mata tinggi dan tidak dimalukan di hadapan Naqila .
“Abang
pernah main boling ?” tanya Naqila sewaktu memakai kasut .
“Belum
pernah . Ni baru first time nak cuba .” jawab Alfiyan jujur .
“Abang
tahu tak macam mana nak pegang bola boling ?” tanya Naqila lagi .
“Nope .”
jawab Alfiyan .
“Nanti
Naqi tunjukkan .”
Naqila
mengambil bola 9 . Memang dia selalu pakai bola 9 .
“Abang
tengok ni . Tiga jari ni .” Naqi menunjukkan jari ibu , jari telunjuk dan jari
hantunya ke arah Alfiyan . “Jari telunjuk dengan jari hantu masuk dekat dua
lubang ni . Jari ibu pula dekat lubang ni . Faham ?”
Alfiyan
mengangguk .
“Lepas tu
…” Naqila berjalan ke arah lane dan membaling bola ke pin .
Prang !!!
Semua pin boling jatuh . Nampaknya skill Naqila masih ada dan tidak pernah
meninggalkan tubuhnya . Haha !
Nak
ternganga mulut Alfiyan dibuatnya ! Power gila Naqila ! Biar betul dia ni
Naqila yang aku kenal dulu
.
“Wow !
Power nya Naqi !” puji Alfiyan .
Naqila
membalasnya dengan senyuman manis .
Sekarang
giliran Alfiyan pula untuk membaling bola . Bola 12 sudah siap sedia di
tangannya . Dia menuju ke lane dan membaling bolanya . Bolanya berjalan
menyenget dan masuk ke dalam longkang .
Aduh !
Memalukan .
“It’s okey
!” sorak Naqila .
Alfiyan
hanya tersenyum tawar . Tahulah Naqila dah hebat . Tak payah sedapkan hati
abang !
“Abang
baling tadi tangan abang senget . Cuba abang baling tangan lurus mesti boleh
strike walaupun bola tu jalan slow je .” terang Naqila .
“Oh …
Chenggitu rupanya .” Alfiyan mengangguk faham .
Dia
kemudian membaling bola boling mengikut seperti apa yang dikatakan oleh Naqi .
Prang !!! Sembilan pin jatuh ! Kira okey apa untuk beginner ?
Selepas
hampir sejam mereka bermain boling , akhirnya tamat juga permainan mereka .
Pemenangnya mestilah Naqila . Naqila menang dengan mata sebanyak 157 manakala
Alfiyan pula mendapat mata sebanyak 100 .
Memang
boling ni permainan khas untuk Naqila . tangannya memang power !
“So , what
should we do next ?” tanya Alfiyan . Dia menyerahkan segalanya kepada Naqila .
“Kata
orang Melaka . Mestilah kita kena naik Bukit St. Paul . Abang dah ready belum
nak panjat Bukit St. Paul ?” tanya Naqila .
“Eleh …
Bukit St. Paul je pun . Bukannya Batu Caves .” kata Alfiyan .
Bajet
betul Abang Alfiyan ni !
Mereka
berjalan ke Bukit St. Paul . Belum lagi panjat sudah ketara jelas di wajah
Alfiyan yang dia sudah penat . Mana taknya nak berjalan dari Mahkota Parade ke
Dataran Pahlawan kemudian ke Bukit St. Paul pula . Ingatkan dekat tapi bila dah
jalan baru tahu betapa jauhnya .
“Abang dah
penat ke ?” tanya Naqila apabila dia melihat muka letih Alfiyan . Cara Alfiyan
jalan pun dah macam orang tak rela nak jalan lagi .
“Eh ,
taklah ! Abang okey .” Alfiyan tersenyum
malas . Konon nak tunjuk dia okey .
“Kalau
macam tu , cepatlah sikit . Tak rugi penat panjat Bukit St. Paul ni . View dari
atas sana cantik !” arah Naqila .
Alfiyan
pun mengikut Naqila . Sampai sahaja di atas Bukit St. Paul dia dah
tercungap-cungap . Ya Allah , penatnya ! Dia bernafas bagaikan ikan yang tidak
mendapat air . Dah reda penat dia sikit , dia memandang ke sekelilingnya .
Memang
cantik betul pemandangan dari atas ni . Nampak Taming Sari , Selat Melaka ,
bangunan di Bandar Melaka dan macam-macam lagi . Indah betul ! Tak sia-sia
panjat Bukit St. Paul yang bertangga-tangga ni .
“Abang ,
jomlah ambil gambar !” ajak Naqila . Dia mengeluarkan telefon bimbitnya .
Dia menyerahkan
telefon bimbitnya kepada seorang pelukis gambar kartun di situ .
“Tolong
ambil gambar kami .” pintanya .
Klik !
Klik ! Klik ! Tiga gambar diambil bersama dengan Alfiyan . Gambar mereka
bersama yang pertama selepas mereka menjadi dewasa .
Kemudian
mereka turun untuk menikmati cendol popular Clock Tower . Cendol dekat situ
memang popular . Kadang-kadang tak cukup tempat duduk sampai ada yang sanggup
menanti lama-lama .
Nasib
mereka baik , pekerja gerai cendol itu membuka sebuah meja lipat untuk mereka
berdua .
“Saya nak
cendol durian campur pulut . Abang pula ?” Naqila bertantya kepada Alfiyan yang
kelihatan bingung melihat menu .
“Abang nak
cendol ais krim .” pesan Alfiyan selepas lama berfikir .
Pekerja
yang mengambil pesanan pun menjerit ke arah pekerja yang sedang membuat cendol
pesanan mereka berdua .
“Ramai
orang dekat sini ya ?” tanya Alfiyan .
“Ya . Kat
ini memang popular . Kalau tak ada orang tak sah .” jawab Naqila .
“Naqila
selalu datang dengan siapa kat sini ? Dengan boyfriend ya ?” tanya Alfiyan .
“Tak
adalah . Naqi selalu datang dengan client . Client Naqi selalunya orang luar
negara . Bila diaorang datang Naqi buatlah meeting ala-ala vacation untuk
diaorang .” jawab Naqi . “And Naqi mana ada boyfriend nak bawa datang sini .”
Abang ni
dah kenapa tanya macam tu ? Abanglah boyfriend Naqi sekarang ni !
“Naqi
setuju ke dengan pertunangan dan perkahwinan kita ?” tanya Alfiyan .
Soalan
serius ni ! Kena jawab betul-betul . Kalau silap jawab . Habis !
“Naqi
sebenarnya serahkan jodoh Naqi pada mama dan papa . Naqi tak memilih sangat .
Sebab Naqi pun bukan ada masa nak bercinta . Mama dan papa pula lebih makan
garam dari Naqi . Jadi , mestilah diaorang tahu jodoh yang mana baik untuk Naqi
.” wow , Naqila ! Bagus jawapan kau ! Aku sendiri tak sangka aku boleh jawab
macam aku sedang berada dalam drama !
“Takkan
tak ada yang nak pada Naqi ? Naqi cantik apa .” puji Alfiyan .
“Tak .
Diaorang tak suka pada perempuan workaholic ni . tapi sebenarnya Naqi ni tak
adalah workaholic sangat .” jawab naqila jujur . Memang betul dia bukan seorang
yang workaholic . Kerana dia pun sebenarnya pemalas nak bekerja . Padanya kalau
aku cepat kahwin lagi bagus . Jaga rumah , uruskan rumah tangga !
Telefon
Alfiyan berdering . Dia melihat ke skrin telefon . Alamak ! Puteri yang telefon
!
Puteri
merupakan kekasihnya yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang pereka
pakaian . Sudah hampir 1 tahun mereka bersama . Berkenalan di luar negara dan
sehingga sekarang menjalin hubungan mesra .
“Abang
jawab call kejap eh ?” pinta Alfiyan .
Naqila
hanya mengangguk .
Alfiyan
pergi jauh dari Naqila . Dia berdiri di tepi Sungai Melaka .
“Hello .”
sapa Alfiyan .
“Hello ,
honey ! Kenapa lambat angkat telefon ? You dengan perempuan mana ?” tanya
puteri sebaik dia mendengar sapaan daripada Alfiyan .
Tahu-tahu
je aku tengah ada date ngan perempuan lain .
“I tengah
ada clientlah . Princess kenapa call ni ?” tanya Alfiyan untuk mengalihkan perhatian
Puteri daripada terus berfikir bahawa dia sedang berjumpa dengan perempuan lain
di belakang Puteri .
“Princess
call sebab Princess tengah rindu Honey lah ! Honey bila nak datang Kuala Lumpur
? Princess rindulah !” tanya Puteri manja .
“Nanti Honey
cuti Honey datang okey ? Honey tengah kerja sekarang ni tak boleh lah nak main
cuti je . Nanti bos besar marah .” jawab Alfiyan dengan suara menggodanya .
Manalah
tak cair Puteri dibuatnya . Bukan takat cair je , meleleh pun ada .
“Honey
janji ?” tanya Puteri lagi dengan nada mengadanya .
“Janji .”
jawab Alfiyan melayankan kerenah manja Puteri .
“Kalau
macam tu bye honey . Muah . Miss you ketat-ketat .”
“Bye .
Muah !”
Alfiyan
duduk kembali di hadapan Naqila .
Naqila
sudah habis menjamah cendolnya . Dia tunggu Alfiyan pula untuk menghabiskan
cendol ais krimnya .
Sebaik
saja habis dijamah cendol ais krim mereka berjalan ke tempat letak kereta di
Datran Pahlawan .
“Harini
abang enjoy the date . Abang harap nanti kita boleh buat macam ni lagi .” kata
Alfiyan .
Enjoy the
date ? Kita date ke ? Ingatkan jalan-jalan biasa saja .
“Me too .”
Naqila menyedekahkan senyuman manis lagi ayunya kepada Alfiyan .
“Ada
apa-apa mesej abang okey ?”
“Okey .
Naqi balik dululah abang . Assalamualaikum .” Naqila meminta diri dulu .
“Waalaikumussalam .”
Mata
Alfiyan mengekori gerak Naqila yang sedang berjalan ke keretanya . Sebaik
Naqila hilang dari pandangan barulah dia ke keretanya .
Naqila …
boleh tahan naqila sekarang ! Naqila buat hati abang goyang !