“What did you guys mean by I am engage to
a man?” tanya Naqila. Hampir menjerit dia apabila mendengarkan apa yang dikatakan oleh bapanya.
“Kamu ingat lagi tak pada Alfiyan?” tanya
papanya pula.
Alfiyan? Alfiyan Tan? Ingat sangat!
Lelaki pertama yang muncul dalam hidup dia. Alfiyan memang tampan orangnya. Boleh
dikatakan bila besar boleh jadi suami pilihan ramai lah. Tapi itu waktu kecil
lah . Sekarang ni tak tahu dia macam mana.
“Ingat.” jawab Naqila. “Wait! Kenapa papa
sebut nama dia? Jangan cakap yang …” Naqila tidak menghabiskan ayatnya. Dia
menekup mulutnya selepas dia tahu apa yang sedang berlaku.
“Don’t tell me that his the one!” Naqila
menghabiskan ayatnya.
“Yup! You guess it right! Naqi dah
bertunang dengan Alfiyan. Bukan baru bertunang but dah lama bertunang.” jawab papanya.
Sebenarnya Tan Sri Daniel Kim dan Dr.
Haziq Tan telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi besan kepada masing-masing.
Kebetulan pula waktu itu Naqila dilahirkan. Apa lagi, mereka pun menunangkan
Naqila dan Alfiyan . Pada mereka tak salah kalau menunangkan anak mereka sejak kecil.
“Tapi, mama, papa this isn’t right!”
bantah Naqila.
“You don’t tell me what’s right and what’s
wrong. Papa tunangkan kamu berdua sejak kecil sebab papa percaya yang Alfiyan
boleh jaga kamu” terang Tan Sri Daniel Kim.
“Alfiyan tu seorang budak yang baik Naqi. Mama
pun suka pada dia sejak dia kecil. Waktu kamu dilahirkan dia berusia 6 tahun. Dia
main dengan kamu. Walaupun kamu menangis dia tetap cuba buat kamu ketawa.”
jawab mama pula.
Memang benar . Sewaktu Alfiyan kecil , dia
selalu bertandang ke rumah Tan Sri Daniel Tan hanya untuk bermain dengan Naqila
. Namun , apabila Naqila berusia 5 tahun dan Alfiyan berusia 11 tahun , Alfiyan
terpaksa mengikut ayahnya keluar negara kerana ayahnya ingin menyambung
pelajaran .
Boleh dikatakanlah Alfiyan itu cinta
pertama Naqila . Bila Alfiyan tidak datang ke rumah dia akan mula jadi resah .
Bila dia dapat tahu sahaja yang Alfiyan akan berpindah keluar negara , dia
bagai hilang harapan untuk hidup . Makan tak nak , tidur tak nak .
Pada ketika itu , Alfiyan lah yang
memujuknya . Alfiyan berjanji akan pulang ke Malaysia dengan segera dan bermain
dengannya lagi . Barulah dia mula hidup seperti biasa dengan harapan Alfiyan
akan menunaikan janjinya .
Namun , sudah hampir 12 tahun dia tidak
mendengar cerita daripada Alfiyan apatah lagi berjumpa . Tup-tup dia dapat tahu
harini dia akan berkahwin dengan Alfiyan dan sudah lama ditunangkan dengan Alfiyan
.
“Alfiyan akan jumpa dengan Naqi malam lusa
. Naqi jangan malukan papa .” pesan papanya .
Malu ? Siapa malukan siapa ? Papa yang
malukan Naqi !
"Tan Sri Daniel , awak yang malukan saya okey ?" luah Naqila . Bila dia geram memang dia panggil nama orang yang buat dia geram .
Mungkin tidak akan terjadi apa-apa . Alah
, Alfiyan je pun . Tak payahlah malu sangat !
Tapi , dah lama tak bersua muka .
Agak-agak dia kenal aku lagi tak ? Abang Alfiyan yang pernah menjadi pujaan aku
masih kacak macam dulu lagi ke ? Macam mana keadaan dia sekarang ni ? Adakah
dia masih Alfiyan yang aku kenal dulu ? Harap begitulah .
“Uncle dah bagitahu Abang Alfiyan ?” tanya
Naqila .
“Papa tak pasti . Tapi , mungkin dah.”
Jawab papanya .
ALFIYAN
menutup pintu bilik pejabatnya . Berasap telinganya selepas mendengar apa yang
diperkatakan oleh ayahnya .
“Ayah , benda ni bukan main-main tau .”
katanya .
Dr. Haziq Tan memutarkan globe yang berada
di atas meja pejabat Alfiyan . “Nope . I am not kidding.”
“Come on lah ayah . Ni zaman moden . Mana
ada lagi orang kena kahwin paksa .” bantahnya .
“Eh , ada ! Siapa kata tak ada ? And guess
what ? You one of those peoples.” Kata Dr. Haziq Tan . Nadanya menyakitkan hati
Alfiyan .
Ayahnya benar-benar membuatkan hatinya dan
telinganya membara .
“Habis tu , ayah nak suruh Fi buat apa
dengan kekasih Fi tu ? Campak dia macam tu saja ?” tanya Alfiyan dalam nada
geram .
“Dia bukannya sayang kamu pun . Dia sayang
duit kamu . Perempuan macam tu tak guna nak buat isteri .” Dr. Haziq benar-benar membangkitkan kemarahan
Alfiyan .
“Just because your mistress perangai macam
tu tak bermaksud my girlfriend perangai macam tu .”
Terdiam Dr. Haziq dibuatnya . Tidak sangka
anak lelakinya sanggup berkata seperti itu kepada dirinya . Nampaknya dia masih
tidak melupakan apa yang dilakukan ayahnya kepada keluarganya 5 tahun yang
lepas .
Dr. Haziq bangun tanpa suara . Ketika
itulah baru Alfiyan tersedar yang dia sudah terlepas cakap . Dia cuba menahan
ayahnya yang hendak keluar daripada pejabatnya .
“Ayah , sorry . Alfiyan tak sengaja .”
mohonnya .
“Tak apa ayah faham . kalau kamu tak nak
kahwin dengan Naqi tak apa . Ayah akan beritahu papa dia untuk putuskan
pertunangan dan kamu nampaknya terpaksalah cari kerja lain . Sebabnya syarikat
ni , syarikat papa dia .” Dr. Haziq terus keluar daripada pejabat Alfiyan .
Alfiyan tidak tahu sama ada ayahnya hanya
bergurau ataupun benar-benar mengugutnya . Tetapi , apa yang diperkatakan oleh
ayahnya benar-benar merisaukannya .
Mana pula nak cari kerja baru ? Kerja yang
dia dapat pun atas recommend ayahnya . Macam mana kalau betul-betul Tan Sri Daniel Kim buang dia kerja sebab dia tak setuju dengan pertunangan ni ?
Alfiyan duduk di kerusinya . Aduh , kusut !
Dah masalah apa yang timbul pula kali ni ?
No comments:
Post a Comment