Naqila
mengenakan dress berwarna merah jambu pastel . Dia kemudian beralih ke hadapan
cermin untuk bersolek pula . Walaupun dia tidak rela untuk bertemu dengan
Alfiyan , dia tetap perlu tampak cantik di hadapan Alfiyan . Yelah ,
walauapapun Alfiyan tu tetap tunangnya . Dia perlulah tampak cantik .
Manalah
tahukan kalau-kalau Alfiyan tu makin smoking hot ke , kira on jelah majlis
perkahwinannya dan Alfiyan nanti . Tak payah susah-susah dia nak cari calon
suami . Zaman sekarang pun bukan senang nak cari calon suami .
Tepat jam
9.00 malam , kedengaran bunyi hon di hadapan rumah Naqila . Dia menjengah
keluar tingkap dari ruang tamu rumahnya .
Alfiyan
dah sampai ! Oh My God ! What should I do ? Should I run away now or face him ?
Naqila tiba-tiba menggelabah .
Macam
mana kalau Alfiyan tu tiba-tiba jadi geek ke nerd ke ? Pakai baju masuk dalam ,
braces , cermin mata besar ? Harap dijauhkanlah ! Memang bukan taste aku lelaki
macam tu .
Naqila
mengambil nafas dalam-dalam sebelum dia bergerak keluar dari rumahnya . Dia
kemudian berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya untuk mengambil satu lagi
nafas . Dup dap . Dup dap . Bunyi jantungnya .
Sebaik
sahaja pintu pagar automatiknya terbuka dia terkejut melihat seorang lelaki
tampan sedang berdiri sambil memasukkan tangannya ke dalam seluar di hadapannya
. Nak ternganga dibuatnya . He’s such a hot guy !
“Naqila
?” tanya lelaki itu .
“Abang
Alfiyan ?” tanya Naqila pula . Mereka memandang antara satu sama lain dari atas
ke bawah .
Boleh
tahan cantik Naqi ni . Yelah , dah jadi wanita lah katakan . Dulu , hingus
meleleh , muka gelap sebab selalu main dekat bawah matahari . Sekarang dah
cerah dah .
“Mama
dengan papa mana ?” tanya Alfiyan .
“Diaorang
ada dinner dengan client . Diaorang kirim salam pada abang .” jawab Naqila .
“Waalaikumussalam .” selepas menjawab salam
, mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain . Tak ada topic nak
mulakan bicara . “Eh , jomlah pergi makan .” ajak Alfiyan sebaik sedar yang
mereka sebenarnya ada temu janji yang perlu dilakukan . Alfiyan membukakan
pintu kereta untuk Naqila .
Sweet !
Sepanjang
perjalanan mereka tidak berkata apa-apa . Yelah , awkward sangat . Baru
jumpakan . Dah berapa lama tak jumpa . Tiba-tiba jumpa sebagai tunang . Memang
sumpah awkward lah
Di
restoran , Alfiyan menarikkan kerusi untuk Naqila . Gentleman . Wo ~~~
“Naqila
buat apa sekarang ni ?” tanya Alfiyan memulakan bicara .
“Naqi
kerja dekat syarikat kawan papa sementara tunggu majlis graduasi . Abang pula
?” Naqila pula bertanya kepada Alfiyan .
“Abang
kerja dekat syarikat keluarga Naqi . Papa NAqi tak cakap apa-apa pasal abang ke ?” tanya
Alfiyan .
“Tak pula
. Lagi pun Naqi tak duduk satu rumah ngan diaorang . Naqi duduk rumah sendiri .
Ni balik pun sebab diaorang suruh .” jawab Naqila .
Nak tanya
atau tidak ? Karang kalau tanya dia mesti fikir aku macam tak suka pada dia .
Alfiyan teragak-agak untuk bertanyakan kepada Naqila mengenai pertunangan
mereka yang dirancang oleh ibu bapa mereka .
“Abang ,
Naqi nak tanya ni . Apa pendapat abang pasal pertunangan kita ni ?” tanyanya .
Alfiyan
terkejut dengan pertanyaan Naqila . Macam mana nak jawab ni ?
“Uh …
Abang rasa pelik je . Sebab tiba-tiba je abang dah bertunang dengan Naqi .”
jawabnya ringkas .
“Abang tak
ada calon lain ke ?” tanya Naqila .
Soalan ni
memang buat Alfiyan tak senang duduk . Nak jawab yang sebenar ke nak menipu ?
Kalau menipu karang lain jadinya . Kalau jawab yang sebenar ada yang hilang kerja
aku nanti .
Nasib
baiklah pelayan datang tepat pada masanya untuk menghantar makanan yang mereka
pesan . Bila makanan di depan mata , soalan yang ditanyakan tadi dibiarkan
tanpa jawapan . Naqila pun dah tak sabar-sabar nak menjamu selera . Yelah
harini dia tidak makan lunch sebab dia ada meeting dengan client .
Sebaik
habis makan , mereka bergerak pulang .
“Naqila
kerja esok ?” tanya Alfiyan .
“Naqi esok
ada meeting pagi je . Lepas tu dah tak ada kerja dah . Selalunya Naqi balik
rumah rehat .” jawab Naqila .
“Apa kata
esok kita keluar ? Dah lama abang tak jalan dekat Melaka ni . Asyik sibuk dengan
kerja je . Dah macam tak ada life dah .” cadang Alfiyan .
“Boleh
juga . Naqi pun dah lama tak jalan-jalan .” Naqila bersetuju dengan ajakan
Alfiyan .
Alfiyan
tersenyum manis . Ah . Cair jadinya Naqila . Abang janganlah goda Naqi macam ni
!
Naqila tidak sedar bahawa dia sebenarnya
sudah pun jatuh cinta kepada Alfiyan sejak dia dilahirkan . Alfiyan merupakan
jodohnya . Yang ditetapkan oleh Allah .
Masuk
sahaja ke dalam biliknya , Naqila melompat-lompat seperti orang gila . Yelah !
Mana tak macam orang gila ! That hot guy I just met is my fiancé ! And also my
ex-playmate .
Sekarang
perasaan segan semakin menghilang dari dalam diri Naqila apabila dia bertemu
dengan Alfiyan . Perasaan cinta mula mengambil alih permainan perasaan Naqila .
No comments:
Post a Comment