Sunday, May 18, 2014

24 jam Bab 3

    Esoknya selepas mesyuarat , Naqila dan Alfiyan berjumpa seperti yang dijanjikan . Mereka berjanji untuk bertemu di hadapan Starbuck Dataran Pahlawan . Agak susah untuk Alfiyan untuk mencari Starbuck ni sebab dia tak pernah sampai ke Dataran Pahlawan .

    “Assalamualaikum , Naqi.” Tegur Alfiyan sebaik melihat Naqila tercegat di hadapan Starbuck sambil melihat jamnya .

    Naqila yang tidak perasan akan kehadiran Alfiyan terkejut melihat lelaki itu sudah berada di belakangnya .
 “Astaghfirullah al-azim . Abang ni . Terkejut Naqi .” Naqila mengurut-urut dadanya .

    “Ya pun terkejut jawablah salam abang .”

     “Waalaikumussalam .” jawab Naqila . Pipinya merah akibat ditegur oleh Alfiyan .

    “So , where shall we go ? Naqi dah lunch ?” tanya Alfiyan .

    “Belum . Sarapan pun belum . Tadi meeting habis lambat .” jawab Naqila .

     “Apa kata kita pergi makan dulu ? Naqila nak makan apa ?” tanya Alfiyan .

    Apabila Alfiyan bertanyakan sebegitu kepada Naqila , Naqila teringatkan memori-memori lamanya dengan Alfiyan . Dulu , Alfiyan selalu bertanya kepada Naqila makanan apa yang Naqila nak makan . Gula mana yang Naqila nak beli . Memori yang cukup indah !

    “Ummm … Jom pergi makan sizzling nak tak ? Tapi kena jalan jauh sikitlah sebab sizzling jual dekat Food Court Mahkota Parade .” jawab Naqila .

    “Okey . No hal . Setakat jalan kaki ni dah biasa dah .” gurau Alfiyan . Naqila tertawa .

    Aduh ! Comelnya ketawa dak Naqila ni ! Dia dari dulu comel . Kalau Alfiyan tak berpindah keluar negara agaknya , Naqila dah jadi kekasih dia dah . Tetapi , kenyataannya Naqila bukan kekasihnya yang dia sayangi . Naqila merupakan tunangnya yang baru sahaja dia bertemu semula .

     Mereka berjalan ke Mahkota Parade yang terletak berhadapan dengan Dataran Pahlawan . Tiba di Food Court , mereka terus memesan dua sizzling nasi tomato . Kemudian mereka bayar makanan yang mereka pesan di kaunter dan menanti makanan yang mereka pesan siap . 
 
    Sebaik sahaja mereka meletakkan makanan di atas meja , Alfiyan pergi membeli air pula di kaunter berasingan .

    Alfiyan pulang dengan dua cawan air milo ais . Memang air kegemaran Naqila sejak kecil . Kalau dulu , serbuk milo tu merupakan dessert bagi Naqila . Sebuk milo letak dalam cawan lepas tu tambah sikit susu pekat . Gaul . Makan . Perfect dessert .

     “Dah lama tak balik Melaka abang tengok banyak betul perubahan yang berlaku . Jalan dia , Mahkota Parade ni pun dah nampak lain .” Alfiyan memuji perubahan yang berlaku di Melaka .

    “Tulah . Siapa suruh duduk dekat luar negara lama-lama . Perubahan tempat lahir sendiri pun abang boleh tertinggal .”

    Alfiyan tersengeh . Dia kemudian menyuap sesudu sizzling nasi tomato ke dalam mulutnya .

    “Emmm …” itu benda pertama yang keluar dari mulutnya apabila dia mengunyah makanannya . Sedap !

    “Kalau abang nak tahu , nilah sizzling kegemaran Naqi . Naqi suka makan dekat sini . Sedap !” terang Naqila .

    “Oh…”

    Sesudah makan , mereka  terus ke Ampang Bowling Center . Mereka hendak bermain boling . Sudah agak lama Naqila tidak bermain boling . Entah skill nya masih ada ataupun tidak . Dahulu , dia merupakan pemain boling sekolahnya . Hampir hendak ke kebangsaan tetapi tidak diberi kebenaran oleh mama dan papanya . Kata mereka belajar itu lebih penting .

    Boling pula pada Alfiyan bagaikan satu permainan yang baru diketahui kewujudannya . Dia tidak pernah main boling . Selalunya dia akan main golf ataupun memanah . Tak pun menembak . Harap-harap tuah menyebelahinya pada hari ini . Semoga dia dapat mata tinggi dan tidak dimalukan di hadapan Naqila .

    “Abang pernah main boling ?” tanya Naqila sewaktu memakai kasut .

    “Belum pernah . Ni baru first time nak cuba .” jawab Alfiyan jujur .

    “Abang tahu tak macam mana nak pegang bola boling ?” tanya Naqila lagi .

    “Nope .” jawab Alfiyan .

     “Nanti Naqi tunjukkan .”

    Naqila mengambil bola 9 . Memang dia selalu pakai bola 9 .

    “Abang tengok ni . Tiga jari ni .” Naqi menunjukkan jari ibu , jari telunjuk dan jari hantunya ke arah Alfiyan . “Jari telunjuk dengan jari hantu masuk dekat dua lubang ni . Jari ibu pula dekat lubang ni . Faham ?”
    Alfiyan mengangguk .

    “Lepas tu …” Naqila berjalan ke arah lane dan membaling bola ke pin .

    Prang !!! Semua pin boling jatuh . Nampaknya skill Naqila masih ada dan tidak pernah meninggalkan tubuhnya . Haha !

    Nak ternganga mulut Alfiyan dibuatnya ! Power gila Naqila ! Biar betul dia ni Naqila yang aku kenal dulu 
.
    “Wow ! Power nya Naqi !” puji Alfiyan .

    Naqila membalasnya dengan senyuman manis .

    Sekarang giliran Alfiyan pula untuk membaling bola . Bola 12 sudah siap sedia di tangannya . Dia menuju ke lane dan membaling bolanya . Bolanya berjalan menyenget dan masuk ke dalam longkang .

    Aduh ! Memalukan .

    “It’s okey !” sorak Naqila .
   Alfiyan hanya tersenyum tawar . Tahulah Naqila dah hebat . Tak payah sedapkan hati abang !

   “Abang baling tadi tangan abang senget . Cuba abang baling tangan lurus mesti boleh strike walaupun bola tu jalan slow je .” terang Naqila .

    “Oh … Chenggitu rupanya .” Alfiyan mengangguk faham .

    Dia kemudian membaling bola boling mengikut seperti apa yang dikatakan oleh Naqi . Prang !!! Sembilan pin jatuh ! Kira okey apa untuk beginner ?

    Selepas hampir sejam mereka bermain boling , akhirnya tamat juga permainan mereka . Pemenangnya mestilah Naqila . Naqila menang dengan mata sebanyak 157 manakala Alfiyan pula mendapat mata sebanyak 100 .

    Memang boling ni permainan khas untuk Naqila . tangannya memang power !

    “So , what should we do next ?” tanya Alfiyan . Dia menyerahkan segalanya kepada Naqila .

    “Kata orang Melaka . Mestilah kita kena naik Bukit St. Paul . Abang dah ready belum nak panjat Bukit St. Paul ?” tanya Naqila .

    “Eleh … Bukit St. Paul je pun . Bukannya Batu Caves .” kata Alfiyan .

    Bajet betul Abang Alfiyan ni !

   Mereka berjalan ke Bukit St. Paul . Belum lagi panjat sudah ketara jelas di wajah Alfiyan yang dia sudah penat . Mana taknya nak berjalan dari Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan kemudian ke Bukit St. Paul pula . Ingatkan dekat tapi bila dah jalan baru tahu betapa jauhnya .

    “Abang dah penat ke ?” tanya Naqila apabila dia melihat muka letih Alfiyan . Cara Alfiyan jalan pun dah macam orang tak rela nak jalan lagi .

    “Eh , taklah ! Abang okey .”  Alfiyan tersenyum malas . Konon nak tunjuk dia okey .

    “Kalau macam tu , cepatlah sikit . Tak rugi penat panjat Bukit St. Paul ni . View dari atas sana cantik !” arah Naqila .

    Alfiyan pun mengikut Naqila . Sampai sahaja di atas Bukit St. Paul dia dah tercungap-cungap . Ya Allah , penatnya ! Dia bernafas bagaikan ikan yang tidak mendapat air . Dah reda penat dia sikit , dia memandang ke sekelilingnya .

    Memang cantik betul pemandangan dari atas ni . Nampak Taming Sari , Selat Melaka , bangunan di Bandar Melaka dan macam-macam lagi . Indah betul ! Tak sia-sia panjat Bukit St. Paul yang bertangga-tangga ni .

    “Abang , jomlah ambil gambar !” ajak Naqila . Dia mengeluarkan telefon bimbitnya .

    Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada seorang pelukis gambar kartun di situ .

    “Tolong ambil gambar kami .” pintanya .

    Klik ! Klik ! Klik ! Tiga gambar diambil bersama dengan Alfiyan . Gambar mereka bersama yang pertama selepas mereka menjadi dewasa .

    Kemudian mereka turun untuk menikmati cendol popular Clock Tower . Cendol dekat situ memang popular . Kadang-kadang tak cukup tempat duduk sampai ada yang sanggup menanti lama-lama .

    Nasib mereka baik , pekerja gerai cendol itu membuka sebuah meja lipat untuk mereka berdua .

    “Saya nak cendol durian campur pulut . Abang pula ?” Naqila bertantya kepada Alfiyan yang kelihatan bingung melihat menu .

   “Abang nak cendol ais krim .” pesan Alfiyan selepas lama berfikir .

    Pekerja yang mengambil pesanan pun menjerit ke arah pekerja yang sedang membuat cendol pesanan mereka berdua .

     “Ramai orang dekat sini ya ?” tanya Alfiyan .

    “Ya . Kat ini memang popular . Kalau tak ada orang tak sah .” jawab Naqila .

    “Naqila selalu datang dengan siapa kat sini ? Dengan boyfriend ya ?” tanya Alfiyan .

    “Tak adalah . Naqi selalu datang dengan client . Client Naqi selalunya orang luar negara . Bila diaorang datang Naqi buatlah meeting ala-ala vacation untuk diaorang .” jawab Naqi . “And Naqi mana ada boyfriend nak bawa datang sini .”

    Abang ni dah kenapa tanya macam tu ? Abanglah boyfriend Naqi sekarang ni !

    “Naqi setuju ke dengan pertunangan dan perkahwinan kita ?” tanya Alfiyan .

    Soalan serius ni ! Kena jawab betul-betul . Kalau silap jawab . Habis !

    “Naqi sebenarnya serahkan jodoh Naqi pada mama dan papa . Naqi tak memilih sangat . Sebab Naqi pun bukan ada masa nak bercinta . Mama dan papa pula lebih makan garam dari Naqi . Jadi , mestilah diaorang tahu jodoh yang mana baik untuk Naqi .” wow , Naqila ! Bagus jawapan kau ! Aku sendiri tak sangka aku boleh jawab macam aku sedang berada dalam drama !

    “Takkan tak ada yang nak pada Naqi ? Naqi cantik apa .” puji Alfiyan .

    “Tak . Diaorang tak suka pada perempuan workaholic ni . tapi sebenarnya Naqi ni tak adalah workaholic sangat .” jawab naqila jujur . Memang betul dia bukan seorang yang workaholic . Kerana dia pun sebenarnya pemalas nak bekerja . Padanya kalau aku cepat kahwin lagi bagus . Jaga rumah , uruskan rumah tangga !

    Telefon Alfiyan berdering . Dia melihat ke skrin telefon . Alamak ! Puteri yang telefon !
    Puteri merupakan kekasihnya yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang pereka pakaian . Sudah hampir 1 tahun mereka bersama . Berkenalan di luar negara dan sehingga sekarang menjalin hubungan mesra .
     “Abang jawab call kejap eh ?” pinta Alfiyan .

    Naqila hanya mengangguk .

     Alfiyan pergi jauh dari Naqila . Dia berdiri di tepi Sungai Melaka .

    “Hello .” sapa Alfiyan .

    “Hello , honey ! Kenapa lambat angkat telefon ? You dengan perempuan mana ?” tanya puteri sebaik dia mendengar sapaan daripada Alfiyan .

    Tahu-tahu je aku tengah ada date ngan perempuan lain .

     “I tengah ada clientlah . Princess kenapa call ni ?” tanya Alfiyan untuk mengalihkan perhatian Puteri daripada terus berfikir bahawa dia sedang berjumpa dengan perempuan lain di belakang Puteri .

   “Princess call sebab Princess tengah rindu Honey lah ! Honey bila nak datang Kuala Lumpur ? Princess rindulah !” tanya Puteri manja .

    “Nanti Honey cuti Honey datang okey ? Honey tengah kerja sekarang ni tak boleh lah nak main cuti je . Nanti bos besar marah .” jawab Alfiyan dengan suara menggodanya .

    Manalah tak cair Puteri dibuatnya . Bukan takat cair je , meleleh pun ada .

     “Honey janji ?” tanya Puteri lagi dengan nada mengadanya .

    “Janji .” jawab Alfiyan melayankan kerenah manja Puteri .

    “Kalau macam tu bye honey . Muah . Miss you ketat-ketat .”

     “Bye . Muah !”

    Alfiyan duduk kembali di hadapan Naqila .

    Naqila sudah habis menjamah cendolnya . Dia tunggu Alfiyan pula untuk menghabiskan cendol ais krimnya .
     Sebaik saja habis dijamah cendol ais krim mereka berjalan ke tempat letak kereta di Datran Pahlawan .

     “Harini abang enjoy the date . Abang harap nanti kita boleh buat macam ni lagi .” kata Alfiyan .

     Enjoy the date ? Kita date ke ? Ingatkan jalan-jalan biasa saja .

    “Me too .” Naqila menyedekahkan senyuman manis lagi ayunya kepada Alfiyan .

     “Ada apa-apa mesej abang okey ?”

    “Okey . Naqi balik dululah abang . Assalamualaikum .” Naqila meminta diri dulu .

    “Waalaikumussalam .”

    Mata Alfiyan mengekori gerak Naqila yang sedang berjalan ke keretanya . Sebaik Naqila hilang dari pandangan barulah dia ke keretanya .


     Naqila … boleh tahan naqila sekarang ! Naqila buat hati abang goyang ! 

Saturday, May 17, 2014

24 Jam bab 2

     Naqila mengenakan dress berwarna merah jambu pastel . Dia kemudian beralih ke hadapan cermin untuk bersolek pula . Walaupun dia tidak rela untuk bertemu dengan Alfiyan , dia tetap perlu tampak cantik di hadapan Alfiyan . Yelah , walauapapun Alfiyan tu tetap tunangnya . Dia perlulah tampak cantik .

     Manalah tahukan kalau-kalau Alfiyan tu makin smoking hot ke , kira on jelah majlis perkahwinannya dan Alfiyan nanti . Tak payah susah-susah dia nak cari calon suami . Zaman sekarang pun bukan senang nak cari calon suami .

     Tepat jam 9.00 malam , kedengaran bunyi hon di hadapan rumah Naqila . Dia menjengah keluar tingkap dari ruang tamu rumahnya .

    Alfiyan dah sampai ! Oh My God ! What should I do ? Should I run away now or face him ? Naqila tiba-tiba menggelabah .

     Macam mana kalau Alfiyan tu tiba-tiba jadi geek ke nerd ke ? Pakai baju masuk dalam , braces , cermin mata besar ? Harap dijauhkanlah ! Memang bukan taste aku lelaki macam tu .

    Naqila mengambil nafas dalam-dalam sebelum dia bergerak keluar dari rumahnya . Dia kemudian berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya untuk mengambil satu lagi nafas . Dup dap . Dup dap . Bunyi jantungnya .

    Sebaik sahaja pintu pagar automatiknya terbuka dia terkejut melihat seorang lelaki tampan sedang berdiri sambil memasukkan tangannya ke dalam seluar di hadapannya . Nak ternganga dibuatnya . He’s such a hot guy !

     “Naqila ?” tanya lelaki itu .

    “Abang Alfiyan ?” tanya Naqila pula . Mereka memandang antara satu sama lain dari atas ke bawah .

    Boleh tahan cantik Naqi ni . Yelah , dah jadi wanita lah katakan . Dulu , hingus meleleh , muka gelap sebab selalu main dekat bawah matahari . Sekarang dah cerah dah .

    “Mama dengan papa mana ?” tanya Alfiyan .

     “Diaorang ada dinner dengan client . Diaorang kirim salam pada abang .” jawab Naqila .

     “Waalaikumussalam .” selepas menjawab salam , mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain . Tak ada topic nak mulakan bicara . “Eh , jomlah pergi makan .” ajak Alfiyan sebaik sedar yang mereka sebenarnya ada temu janji yang perlu dilakukan . Alfiyan membukakan pintu kereta untuk Naqila .

    Sweet !

    Sepanjang perjalanan mereka tidak berkata apa-apa . Yelah , awkward sangat . Baru jumpakan . Dah berapa lama tak jumpa . Tiba-tiba jumpa sebagai tunang . Memang sumpah awkward lah

    Di restoran , Alfiyan menarikkan kerusi untuk Naqila . Gentleman . Wo ~~~
    “Naqila buat apa sekarang ni ?” tanya Alfiyan memulakan bicara .

    “Naqi kerja dekat syarikat kawan papa sementara tunggu majlis graduasi . Abang pula ?” Naqila pula bertanya kepada Alfiyan .

    “Abang kerja dekat syarikat keluarga Naqi . Papa NAqi  tak cakap apa-apa pasal abang ke ?” tanya Alfiyan .

    “Tak pula . Lagi pun Naqi tak duduk satu rumah ngan diaorang . Naqi duduk rumah sendiri . Ni balik pun sebab diaorang suruh .” jawab Naqila .

    Nak tanya atau tidak ? Karang kalau tanya dia mesti fikir aku macam tak suka pada dia . Alfiyan teragak-agak untuk bertanyakan kepada Naqila mengenai pertunangan mereka yang dirancang oleh ibu bapa mereka .

    “Abang , Naqi nak tanya ni . Apa pendapat abang pasal pertunangan kita ni ?” tanyanya .

    Alfiyan terkejut dengan pertanyaan Naqila . Macam mana nak jawab ni ?

    “Uh … Abang rasa pelik je . Sebab tiba-tiba je abang dah bertunang dengan Naqi .” jawabnya ringkas .
    “Abang tak ada calon lain ke ?” tanya Naqila .

    Soalan ni memang buat Alfiyan tak senang duduk . Nak jawab yang sebenar ke nak menipu ? Kalau menipu karang lain jadinya . Kalau jawab yang sebenar ada yang hilang kerja aku nanti .

     Nasib baiklah pelayan datang tepat pada masanya untuk menghantar makanan yang mereka pesan . Bila makanan di depan mata , soalan yang ditanyakan tadi dibiarkan tanpa jawapan . Naqila pun dah tak sabar-sabar nak menjamu selera . Yelah harini dia tidak makan lunch sebab dia ada meeting dengan client .

     Sebaik habis makan , mereka bergerak pulang .

    “Naqila kerja esok ?” tanya Alfiyan .
    “Naqi esok ada meeting pagi je . Lepas tu dah tak ada kerja dah . Selalunya Naqi balik rumah rehat .” jawab Naqila .

    “Apa kata esok kita keluar ? Dah lama abang tak jalan dekat Melaka ni . Asyik sibuk dengan kerja je . Dah macam tak ada life dah .” cadang Alfiyan .

    “Boleh juga . Naqi pun dah lama tak jalan-jalan .” Naqila bersetuju dengan ajakan Alfiyan .

    Alfiyan tersenyum manis . Ah . Cair jadinya Naqila . Abang janganlah goda Naqi macam ni !

    Naqila tidak sedar bahawa dia sebenarnya sudah pun jatuh cinta kepada Alfiyan sejak dia dilahirkan . Alfiyan merupakan jodohnya . Yang ditetapkan oleh Allah .

    Masuk sahaja ke dalam biliknya , Naqila melompat-lompat seperti orang gila . Yelah ! Mana tak macam orang gila ! That hot guy I just met is my fiancĂ© ! And also my ex-playmate .



    Sekarang perasaan segan semakin menghilang dari dalam diri Naqila apabila dia bertemu dengan Alfiyan . Perasaan cinta mula mengambil alih permainan perasaan Naqila .

24 Jam Bab 1

     “What did you guys mean by I am engage to a man?” tanya Naqila. Hampir menjerit dia apabila mendengarkan apa yang dikatakan oleh bapanya.

     “Kamu ingat lagi tak pada Alfiyan?” tanya papanya pula.
      
    Alfiyan? Alfiyan Tan? Ingat sangat! Lelaki pertama yang muncul dalam hidup dia. Alfiyan memang tampan orangnya. Boleh dikatakan bila besar boleh jadi suami pilihan ramai lah. Tapi itu waktu kecil lah . Sekarang ni tak tahu dia macam mana.
    
     “Ingat.” jawab Naqila. “Wait! Kenapa papa sebut nama dia? Jangan cakap yang …” Naqila tidak menghabiskan ayatnya. Dia menekup mulutnya selepas dia tahu apa yang sedang berlaku.

      “Don’t tell me that his the one!” Naqila menghabiskan ayatnya.

      “Yup! You guess it right! Naqi dah bertunang dengan Alfiyan. Bukan baru bertunang but dah lama bertunang.” jawab papanya.

     Sebenarnya Tan Sri Daniel Kim dan Dr. Haziq Tan telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi besan kepada masing-masing. Kebetulan pula waktu itu Naqila dilahirkan. Apa lagi, mereka pun menunangkan Naqila dan Alfiyan . Pada mereka tak salah kalau menunangkan anak mereka sejak kecil.

     “Tapi, mama, papa this isn’t right!” bantah Naqila.

     “You don’t tell me what’s right and what’s wrong. Papa tunangkan kamu berdua sejak kecil sebab papa percaya yang Alfiyan boleh jaga kamu” terang Tan Sri Daniel Kim.

    “Alfiyan tu seorang budak yang baik Naqi. Mama pun suka pada dia sejak dia kecil. Waktu kamu dilahirkan dia berusia 6 tahun. Dia main dengan kamu. Walaupun kamu menangis dia tetap cuba buat kamu ketawa.” jawab mama pula.

     Memang benar . Sewaktu Alfiyan kecil , dia selalu bertandang ke rumah Tan Sri Daniel Tan hanya untuk bermain dengan Naqila . Namun , apabila Naqila berusia 5 tahun dan Alfiyan berusia 11 tahun , Alfiyan terpaksa mengikut ayahnya keluar negara kerana ayahnya ingin menyambung pelajaran .

     Boleh dikatakanlah Alfiyan itu cinta pertama Naqila . Bila Alfiyan tidak datang ke rumah dia akan mula jadi resah . Bila dia dapat tahu sahaja yang Alfiyan akan berpindah keluar negara , dia bagai hilang harapan untuk hidup . Makan tak nak , tidur tak nak .

      Pada ketika itu , Alfiyan lah yang memujuknya . Alfiyan berjanji akan pulang ke Malaysia dengan segera dan bermain dengannya lagi . Barulah dia mula hidup seperti biasa dengan harapan Alfiyan akan menunaikan janjinya .

     Namun , sudah hampir 12 tahun dia tidak mendengar cerita daripada Alfiyan apatah lagi berjumpa . Tup-tup dia dapat tahu harini dia akan berkahwin dengan Alfiyan dan sudah lama ditunangkan dengan Alfiyan .

     “Alfiyan akan jumpa dengan Naqi malam lusa . Naqi jangan malukan papa .” pesan papanya .

      Malu ? Siapa malukan siapa ? Papa yang malukan Naqi !
    
     "Tan Sri Daniel , awak yang malukan saya okey ?" luah Naqila . Bila dia geram memang dia panggil nama orang yang buat dia geram .

      Mungkin tidak akan terjadi apa-apa . Alah , Alfiyan je pun . Tak payahlah malu sangat !

     Tapi , dah lama tak bersua muka . Agak-agak dia kenal aku lagi tak ? Abang Alfiyan yang pernah menjadi pujaan aku masih kacak macam dulu lagi ke ? Macam mana keadaan dia sekarang ni ? Adakah dia masih Alfiyan yang aku kenal dulu ? Harap begitulah .

     “Uncle dah bagitahu Abang Alfiyan ?” tanya Naqila .
     “Papa tak pasti . Tapi , mungkin dah.” Jawab papanya .

ALFIYAN menutup pintu bilik pejabatnya . Berasap telinganya selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh ayahnya .

     “Ayah , benda ni bukan main-main tau .” katanya .

     Dr. Haziq Tan memutarkan globe yang berada di atas meja pejabat Alfiyan . “Nope . I am not kidding.”

     “Come on lah ayah . Ni zaman moden . Mana ada lagi orang kena kahwin paksa .” bantahnya .

     “Eh , ada ! Siapa kata tak ada ? And guess what ? You one of those peoples.” Kata Dr. Haziq Tan . Nadanya menyakitkan hati Alfiyan .

     Ayahnya benar-benar membuatkan hatinya dan telinganya membara .

     “Habis tu , ayah nak suruh Fi buat apa dengan kekasih Fi tu ? Campak dia macam tu saja ?” tanya Alfiyan dalam nada geram .

     “Dia bukannya sayang kamu pun . Dia sayang duit kamu . Perempuan macam tu tak guna nak buat isteri .”  Dr. Haziq benar-benar membangkitkan kemarahan Alfiyan .

     “Just because your mistress perangai macam tu tak bermaksud my girlfriend perangai macam tu .”

     Terdiam Dr. Haziq dibuatnya . Tidak sangka anak lelakinya sanggup berkata seperti itu kepada dirinya . Nampaknya dia masih tidak melupakan apa yang dilakukan ayahnya kepada keluarganya 5 tahun yang lepas .

     Dr. Haziq bangun tanpa suara . Ketika itulah baru Alfiyan tersedar yang dia sudah terlepas cakap . Dia cuba menahan ayahnya yang hendak keluar daripada pejabatnya .

     “Ayah , sorry . Alfiyan tak sengaja .” mohonnya .

    “Tak apa ayah faham . kalau kamu tak nak kahwin dengan Naqi tak apa . Ayah akan beritahu papa dia untuk putuskan pertunangan dan kamu nampaknya terpaksalah cari kerja lain . Sebabnya syarikat ni , syarikat papa dia .” Dr. Haziq terus keluar daripada pejabat Alfiyan .

     Alfiyan tidak tahu sama ada ayahnya hanya bergurau ataupun benar-benar mengugutnya . Tetapi , apa yang diperkatakan oleh ayahnya benar-benar merisaukannya .

     Mana pula nak cari kerja baru ? Kerja yang dia dapat pun atas recommend ayahnya . Macam mana kalau betul-betul Tan Sri Daniel Kim buang dia kerja sebab dia tak setuju dengan pertunangan ni ?

    Alfiyan duduk di kerusinya . Aduh , kusut ! Dah masalah apa yang timbul pula kali ni ?